Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
MAIWP TERIMA LAWATAN KUMPULAN PENYELIDIK UiTM

 

21 Dis- MAIWP telah menerima kunjungan daripada kumpulan penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Bandaraya, Johor Bahru seramai 7 orang yang mengadakan lawatan bagi mendapatkan maklumbalas MAIWP mengenai cadangan penubuhan Permodalan Baitulmal Kebangsaan (PBK).

Delegasi telah disambut oleh Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Dalam lawatan tersebut, Encik Mohd Ali, ketua delegasi telah membentangkan cadangan penubuhan PBK.  Beberapa maklumbalas telah dikemukakan oleh pihak MAIWP berkaitan cadangan tersebut antaranya berhubung isu undang-undang, penjanaan keuntungan daripada dana zakat dan bentuk-bentuk aktiviti yang boleh dijalankan oleh PBK.

Siri lawatan ke Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan antara pendekatan yang digunakan oleh kumpulan penyelidik tersebut bagi mendapatkan maklumbalas terhadap cadangan penubuhan PBK. Kumpulan penyelidik yang diketuai Prof Madya Dr. Hj. Ahmad Che Yaacob daripada UiTM dilantik oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi memperhalusi idea penubuhan sebuah perbadanan Baitulmal di peringkat kebangsaan yang telah dicetuskan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia di Konvensyen Baitulmal Kebangsaan pada 24-25 Jun 2009.

 
alt
 
Sesi pembentangan cadangan penubuhan Permodalan Baitulmal Kebangsaan oleh wakil delegasi
 
alt
 
Ahli rombongan bergambar bersama Encik Ismail bin Porjo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (duduk, dua dari kiri) dan pegawai-pegawai MAIWP


 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini98
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini218
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini