MAJLIS PENYERAHAN KERUSI RODA, MESIN PEMBAJAK DAN PERALATAN MEMBUAT REBAN AYAM
| MAJLIS PENYERAHAN KERUSI RODA, MESIN PEMBAJAK DAN PERALATAN MEMBUAT REBAN AYAM |
|
21
Disember 2009 (Isnin) - Satu majlis penyerahan bantuan telah diadakan pada jam
2.30 petang diketuai oleh Ust. Mohd Amir Poh bin Abdullah iaitu wakil dari Unit
Pembangunan Asnaf, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan dan
diiringi oleh Ust Mohd Nasir bin Misi selaku Ketua Unit Siasatan Dan
Pemantauan. Penyerahan bantuan pada kali ini melibatkan tiga orang penerima
bantuan. Majlis dimulakan dengan penyerahan bantuan kepada Puan Taisah binti Zainudin di Kg Rancha- Rancha Darat, W.P Labuan. Beliau telah disahkan oleh doktor hilang upaya untuk bergerak. Oleh yang demikian, beliau telah menerima sebuah kerusi roda bernilai RM 680.00 melalui Skim Bantuan Peralatan Perubatan di bawah Asnaf Fakir bagi memudahkan pergerakan beliau. Pada hari yang sama, Encik Juti bin Utom @ Lim Yin Thien telah menerima sebuah Mesin Pembajak model F501 K29 Honda Power Tiller yang bernilai RM 5,900.00 melalui Skim Bantuan Pertanian di bawah Asnaf Muallaf bertempat di ladang sayur milik beliau. Dengan adanya mesin pembajak tersebut, ianya dapat membantu dalam proses pembajakan tanah pertanian kepunyaan beliau seluas 6 ekar. Beliau turut membuat demonstrasi yang menunjukkan keupayaan mesin tersebut. Penyerahan bantuan diakhiri dengan penyerahan peralatan membuat reban ayam kepada Encik Azmi bin Tudin bertempat di rumah beliau di Kampung Sg. Bangat, W.P Labuan. Beliau telah menerima peralatan membuat reban ayam yang bernilai RM 1,661.40 melalui Skim Bantuan Pertanian di bawah Asnaf Miskin. Beliau mempunyai 50 ekor ayam yang ditempatkan di sebuah reban yang hanya berdindingkan jaring. Dengan adanya peralatan membuat reban tersebut, ianya dapat menempatkan ayam- ayam tersebut di tempat yang lebih selesa seterusnya dapat memperbesarkan lagi projek ternakan ayam beliau pada masa akan datang. Penyerahan bantuan tersebut telah berakhir pada jam 4.00 petang. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan amat berbesar hati kerana dapat menyalurkan pelbagai bantuan kepada golongan asnaf. MAIWP Cawangan Labuan berharap dengan adanya bantuan tersebut dapat membantu para asnaf dalam meringankan beban yang ditanggung seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Wakil MAIWP Cawangan Labuan menyerahkan kerusi roda kepada Encik
Zahari bin Siangas (kanan) untuk kegunaan ibunya.
Encik Juti bin Utom @ Lim Yin Thien sedang mencuba mesin
pembajak tanah.
Encik Azmi bn Tudin telah menerima peralatan membina reban
ayam di bawah Skim Bantuan Pertanian.
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 138 |
![]() | Semalam | 142 |
![]() | Minggu Ini | 685 |







