Berita MAIWP
MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM2.57 JUTA
MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM2.57 JUTA
| MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN RM2.57 JUTA |
|
15 Dis- Sebanyak 14 buah syarikat telah menunaikan zakat perniagaan kepada amil korporat MAIWP iaitu Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Agihan Tahun 2009 yang diadakan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, MAIWP melalui PPZ-MAIWP telah menerima zakat perniagaan berjumlah keseluruhan RM2,569,559.73 juta. Syarikat – syarikat yang menunaikan zakat perniagaan pada hari tersebut adalah seperti berikut: a) Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad sebanyak RM503,629.00 b) Rakyat Holdings Sdn Bhd. sebanyak RM418,488.43 c) Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. sebanyak RM415,503.00 d) Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad sebanyak RM368,443.94 e) Telekom Sales & Services Sdn. Bhd. sebanyak RM323,776.55 f) Malaysian Electronic Payment System (1997) Sdn. Bhd. sebanyak RM150,000.00 g) Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad sebanyak RM108,652.00 h) Felcra Training and Consultancy Sdn. Bhd sebanyak RM80,221.93 i) AmIslamic Bank Berhad sebanyak RM56,280.00 j) Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad sebanyak RM40,093.11 k) Global Amity Sdn. Bhd. sebanyak RM33,456.00 l) Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Berhad sebanyak RM32,613.13 m) LGM Properties Corporation sebanyak RM20,000.00 n) Koperasi Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM18,402.64 YB. Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP hadir bagi menerima pembayaran zakat perniagaan daripada wakil-wakil syarikat. Beliau pada hari itu juga menyampaikan bantuan zakat daripada MAIWP kepada 6 orang penerima berjumlah keseluruhan RM522,490. Bantuan yang disampaikan adalah bantuan kepada agensi-agensi kebajikan, Bantuan Perubatan, Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Perniagaan dan Bantuan Am Pelajaran IPT.
YB. Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP menerima zakat perniagaan daripada SME Bank berjumlah RM503,629
Salah seorang wakil syarikat yang menunaikan zakat perniagaan melafazkan lafaz pembayaran zakat perniagaan Asrama Darul Falah, PERKIM yang menyediakan perlindungan kepada anak-anak yatim menerima sumbangan MAIWP berjumlah RM300,000 bagi membiayai pengurusan dan aktiviti sepanjang tahun 2009 Saudari Najwa Aqilah binti Ahmad Nurdina menerima Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP berjumlah RM4,000 sambil diperhatikan oleh Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (kanan) |
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 97 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 217 |







