Jumaat, Februari 10, 2012
   
TEXT_SIZE
103 TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK BAITULMAL MAIWP

10 Dis - Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta telah berlangsung Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun 2008 dan Penyampaian Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP.

 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima anugerah di atas kecemerlangan akademik masing-masing.
 
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan MAIWP di atas penganjuran program itu yang dilihat menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar khususnya penerima bantuan Baitulmal MAIWP untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam pengajian.
 
Pada majlis tersebut, MAIWP telah menyampaikan anugerah kepada 103 orang yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah. Setiap penerima anugerah menerima hadiah wang tunai bernilai dari RM400 hingga RM2,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan. Jumlah keseluruhan sumbangan yang diberikan adalah RM82,400.

Selain itu juga MAIWP turut menyampaikan bantuan peralatan persekolahan berjumlah RM1.2 juta kepada seramai 1,200 orang pelajar dan bantuan galakan hafaz Al- Quran kepada seramai 128 orang huffaz berjumlah RM 241,500.
Turut hadir pada majlis tersebut Y. Bhg Dato, Haji Che Mat Bin Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha MAIWP.


 

 


 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini136
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini683
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini