MAIWP telah mengambil inisiatif menerbitkan Buku Panduan Proses
Permohonan Skim Bantuan Zakat MAIWP dalam usaha memberikan maklumat yang
lebih tepat kepada orang ramai.
BAITULMAL SERTAI PAMERAN KEMPEN ”HENTI MEMBERI KAMI PRIHATIN”
31 Jan- Bahagian Baitulmal telah mengadakan pameran sempena Kempen Henti Memberi Kami Prihatin anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Program yang diadakan di KL Sentral, Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Kempen ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada warga Kuala Lumpur khasnya dan warga Malaysia amnya mengenai keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Sasaran program juga adalah untuk mengurangkan jumlah pengemis dengan mendidik orang ramai supaya tidak lagi memberikan wang kepada pengemis atau kutu rayau. Dengan adanya pihak-pihak yang menawarkan bantuan turut serta dalam pameran, orang ramai akan lebih mengetahui di mana saluran bantuan yang boleh mereka mohon.
BAITULMAL BANTU MANGSA RIBUT DI PPR SRI CEMPAKA
26 Jan- Beberapa kawasan di Kuala Lumpur telah mengalami kejadian ribut akibat hujan lebat yang berlaku pada petang 25 Januari 2011. Antara PPR yang terlibat dalam kejadian ini adalah PPR Sri Cempaka Kg Pasir Pantai Dalam Kuala Lumpur.
28 Januari- Kontinjen MAIWP telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori agensi kerajaan di Perarakan Hari Wilayah Persekutuan 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox
Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini