• Daftar

Sekolah Menengah Intergrasi Sains Tahfiz

PENGENALAN

Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP yang dibuka pada 3 Januari 2011 menyediakan pendidikan menengah aliran agama dengan menggabungkan 3 modul kurikulum iaitu KBSM, Azhari/ Dini dan Tahfiz.

SYARAT KEMASUKAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.
  3. Pencapaian 5A dalam UPSR.
  4. Pencapaian Mumtaz Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setara dengannya.
  5. Lulus ujian bertulis dan syafawi.


PROSEDUR PERMOHONAN

  1. Mengisi borang permohonan kemasukan SMISTA dengan lengkap.
  2. Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
  3. Menghadiri ujian bertulis (bagi yang layak).
  4. Menghadiri sesi temuduga dan ujian hafazan (bagi yang terpilih)


ALAMAT

Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)
D?A Masjid Saidina Othman
Bandar Tun Razak, Cheras
56000 KUALA LUMPUR

No. Tel : 03-9171 1005
No. Faks : 03-9171 1499


Share