• Daftar
Up

Biasiswa

 

TAWARAN BIASISWA BAITULMAL
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
LUAR NEGARA (MESIR) PENGAMBILAN BARU SESI 2017/2018

 

01. PERMOHONAN

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2017/2018 di Mesir.

Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP. 

Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab ( Universiti Al-Azhar )
  2. Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah (Universiti Al-Azhar )
  3. Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat ( Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah) )

 

02.  SYARAT UMUM 

a)Islam

b)Warganegara Malaysia

c)Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.

d)Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.

e)Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

 

03.  SYARAT KHUSUS (Kelayakan Minima Akademik) 

a)Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir mestilah : 

  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Jayyid Jiddan, DAN:
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Melayu.    

 

b)Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum  Islamiah,   Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran  Bahasa Melayu dan  cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran  Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.

 

c)Bagi calon yang memmohon Pengajian Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat,  Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan CGPA 3.00 atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA).DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Melayu. 
  •  

04.  CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains/ pra-universiti/ alpha / foundation / kursus persediaan bahasa.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  4. Pelajar yang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.

05.  CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati bermula 5 Mac 2017 dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) www.maiwp.gov.my. atau hadir ke pejabat kami di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal Aras 22, Unit Pembangunan Ummah IPTL Bangunan PERKIM No. 150, Jln Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.

 

06. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke: 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bahagian Baitulmal
Unit Pembangunan Ummah IPTL
Aras 22, Bangunan PERKIM,
No. 150, Jln Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur

 

Sebelum @ pada 15 Mac 2017

(Bagi permohonan STAM)

 

Sebelum @ pada 14 April 2017

(Bagi permohonan Diploma Qiraat / SPM)

 

 

07.  MAKLUMAT LANJUT  

Maklumat lanjut mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web di atas.

 

08.  PERHATIAN

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon- calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi di talian: 03-40477600 samb. 7411/7410/7631 Unit Pembangunan Ummah - IPTL (waktu berkerja).