Up

Tawaran Biasiswa

logokecik

TAWARAN BIASISWA BAITULMAL INSENTIF KHAS PELAJAR CEMERLANG LUAR NEGARA (MESIR) BAITULMAL MAIWP PENGAMBILAN SESI 2018/2019

1) Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat yang berkelayakan untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama Sesi 2018/2019 di Mesir.

2) Bidang Pengajian yang di taja adalah seperti berikut:

  • a)Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab
  • b)Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
  • c)Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat

3) Syarat-syarat dan permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my ATAU boleh mendapatkan terus di pejabat kami di alamat berikut :

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bahagian Baitulmal
Unit Pembangunan Ummah  IPTL
Aras 22, Bangunan PERKIM,
No. 150, Jln Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur

No. Tel. : 03-40477600 samb. 7411/7410/7631

4) Tarikh tutup permohonan seperti berikut :

  • a) Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab pada 19 Februari 2018.
  • b) Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah dan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat : 3 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

5) Maklumat lanjut mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat dan borang permohonan boleh diperolehi dengan MEMUAT TURUN SYARAT-SYARAT TAWARAN DAN BORANG PERMOHONAN DIBAWAH.

PENEMPATAN PUSAT PENGAJIAN MELALUI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI SAHAJA YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMOHON BIASISWA BAITULMAL MAIWP.

** Borang boleh dimuat turun bermula 4 Februari 2018.

SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA
BORANG PERMOHONAN BIASISWA
 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP