Perutusan KPE

Saiz Tulisan :

PERUTUSAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, maka Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di tahun 2017 ini telah berjaya melancarkan laman web barunya.

Laman web baru ini menampilkan wajah yang lebih segar dan menarik serta memuatkan kandungan yang lebih padat dan tersusun. Beberapa ciri baru telah dimasukkan bagi menjadikannya lebih mesra pengunjung.

Penambahbaikan ini selari dengan perkembangan dunia teknologi ICT yang memerlukan MAIWP sentiasa bergerak pantas agar tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia ICT. Perkembangan ini telah menjadikaan internet sebagai salah satu media alternatif yang menjadi tumpuan ramai.

Justeru, peluang ini dimanfaatkan oleh MAIWP menerusi laman web baru yang mampu menyalurkan informasi dan maklumat terkini kepada para pengunjungnya.

Sebagai sebuah agensi agama, MAIWP berhasrat untuk menonjolkan imej peneraju transformasi pengurusan hal ehwal islam di negara dan menjadi model kepada majlis agama islam negeri lain.

MAIWP sentiasa berusaha memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan memberi kesan yang maksimum kepada golongan sasar. Ianya selaras dengan slogan MAIWP "Memacu kegemilangan Ummah" yang menggambarkan usaha proaktif MAIWP dalam melaksanakan aktivit-aktiviti bagi meningkatkan sosio ekonomi ummah.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi melayari laman wen MAIWP. Saya sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan laman web ini.

 

 

"MEMACU KEGEMILANGAN UMMAH"

 

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif
Maijlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP