Bantuan Zakat

Saiz Tulisan :

Jenis Skim Bantuan Zakat

Pembangunan Asnaf

Tempat Tinggal

Pembangunan Ummah

                   

 

Pendidikan

Berdikari

 

Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

Had al-Kifayah

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

  1. Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

  kalkulator

Definisi Asnaf asnafmaiwp

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

 

  1. FAKIRSeseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
  2. MISKINSeseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
  3. AMILMereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
  4. MUALLAFMereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :
    1. Beragama Islam+ Baru memeluk agama Islam+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
    2. Bukan beragama Islam+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.
  5. AL-RIQABMemerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.  
  6. AL-GHARIMINGolongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
  7. FISABILILLAHMana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.  
  8. IBNU SABILMana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
jejakasnaf

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dilancarkan pada tahun 2013. Penubuhan Skuad ini adalah bertujuan mencari dan menjejaki asnaf yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Skuad akan turun padang ke lokasi-lokasi yang berkemungkinan terdapat mereka yang memerlukan selain menerima laporan dari orang ramai.

Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP juga akan turun padang ke lokasi-lokasi tumpuan orang ramai bagi memudahkan orang ramai berurusan mengenai bantuan zakat.

Orang ramai dialu-alukan menyampaikan maklumat tentang mereka yang memerlukan kepada Skuad Jejak Asnaf menerusi:

Talian Bebas Tol - 1-800-88-5222

Hotline : 012-5183614 / 012-5127614 Anda juga boleh berkomunikasi dengan MAIWP menerusi:

  1. facebook MAIWP : https://www.facebook.com/maiwp.hq
  2. facebook Baitulmal MAIWP : facebook.com/baitulmal.wp
Terima kasih.
3.jpg5.jpg6.jpgGambar-Tajuk.jpg

KAUNTER PERMOHONAN

PAZA Cawangan Parlimen Putrajaya Aras 3, Blok D, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, Kompleks Islam Putrajaya, 62100 PUTRAJAYA. No. Tel : 03 - 8861 1437  No. Faks : -
PAZA Cawangan Parlimen Batu  No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 KUALA LUMPUR No. Tel : 03 - 6259 6905 / 03 - 6259 6906
PAZA Cawangan Parlimen Bukit Bintang Lot T-3-3 Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 KUALA LUMPUR No. Tel : 03 - 2070 2004 / 03 - 2070 2005
PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak No. 26, Jalan Danau Lumayan 1, Off Jalan Tasik Permaisuri 1, Pusat Perniagaan  Danau Lumayan Cheras, 56000 KUALA LUMPUR No. Tel : 03 - 9191 0116
PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju (Dijangka beroperasi pada Ogos 2017) No. 19, Jalan 9/23E Taman Danau Kota Off Jalan Genting Klang 53300 KUALA LUMPUR No Tel : -
PAZA Cawangan Parlimen Titiwangsa No. 4, Aras UG Mini UTC Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, 54000 KUALA LUMPUR No Tel : 03 - 4251 8524
PAZA Cawangan Parlimen Seputeh Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, Jalan Klang Lama 58100 KUALA LUMPUR No Tel : 03 - 7772 8425
PAZA Cawangan Setiawangsa No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju 53300 KUALA LUMPUR No tel : 03 - 4142 0515
PAZA Cawangan Parlimen Lembah Pantai No 93, Tingkat Bawah Jalan Bangsar, 59200 KUALA LUMPUR No tel : 03 - 2202 0937
PAZA Cawangan Parlimen Segambut C-0-3A, M Avenue, Jalan Segambut1/38A, Segambut Bahagia, 51200 KUALA LUMPUR No tel : 03 - 6243 4080 / 03 - 6243 4081
PAZA Cawangan Labuan Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, Peti Surat 87019 LABUAN  No. Tel : 087-418 515 / 512 No. Faks : 087-418 514

SOALAN LAZIM AGIHAN ZAKAT

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.
Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantung kepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.
Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.
Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.
Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP