KEMENJADIAN MURID SASARAN UTAMA UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN HOLISTIK

Saiz Tulisan :

kecik

12 Januari - Di samping mengikuti kurikulum dan kokurikulum sekolah yang telah ditetapkan, setiap pelajar diwajibkan mengikuti Modul Jati Diri yang diadakan pada peringkat awal pembelajaran di SMISTA (Penggal pertama Tingkatan 1) dengan mengambil masa selama 3 bulan (Januari hingga Mac).

Modul Jati Diri (MJD) memfokuskan kefahaman ilmu, ‘character building’ (akhlak), kemahiran merangkumi pencapaian akademik dan aplikasi di dalam kehidupan yang bersifat holistik. Sepanjang perlaksanaan modul ini di SMISTA MAIWP sehingga kini, ianya memberi impak yang sangat besar kepada pelajar terutama dalam pembentukan diri menjadi seorang yang cemerlang dan serba boleh.

“Program MJD ini sentiasa disokong oleh Pihak MAIWP untuk melahirkan modal insan yang holistik”, ujar Hj. Mohammad Rushdan Bin Ab. Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP ketika hadir merasmikan Program Penutup MJD di SMISTA.
Antara slot dan pengisian yang dimuatkan di dalam Program MJD pada kali ini ialah 'Accelerated Learning', Kemahiran Komunikasi, Pengurusan Diri, ‘English For Life’, Tahsin Ibadat dan Aku Hamlatul Quran.

MJD SMISTA 6.JPGMJD SMISTA 5.JPGmjd smista 2018.jpegMJD SMISTA 1.JPGkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP