SKUAD BOMBA PONDOK MODEN AL-'ABAQIRAH

Saiz Tulisan :

kecik

15 Disember 2017 -  Satu perjumpaan khas kakitangan PMA bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, Tuan Mohamad Hasbullah Naimi Bin Mahmood, bertujuan bagi mewujudkan kerjasama dan penambah baikan  dari segi langkah keselamatan dan latihan persediaan menghadapi kecemasan.

Dalam hal ini, PMA disarankan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat dan peraturan pihak berkuasa khususnya dalam aspek keselamatan bangunan di samping memastikan sekolah diselenggara dengan baik.

Selain berbincang mengenai isu keselamatan, lawatan tersebut juga merangka Penubuhan Skuad Bomba PMA bermula tahun 2018. Para pelatih akan mengikuti modul teknik menyelamat dan berkawad, penggunaan peralatan kebakaran serta latihan teori dan amali bagi menghadapi kecemasan. Inisiatif sebegini merupakan  ikhtiar mencegah kejadian buruk seperti kebakaran yang boleh meragut nyawa.

kecik.jpgBOOMBA.jpgBOMMBA.jpgBOMBA.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP