UPPI, UNIT BARU DI MAIWP

Saiz Tulisan :

uppi6

Selari dengan usaha untuk meningkatkan tadbir urus yang baik, maka MAIWP telah menubuhkan Unit Penyelidikan dan Integriti atu ringkasnya UPPI di MAIWP. Unit ini ditubuhkan bagi memperkasakan Unit Integriti sedia ada.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyatakan penubuhan UPPI akan membantu meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan MAIWP.

Objektif penubuhan unit ini adalah untuk meningkatkan keupayaan tadbir urus, mengenalpasti dan menangani risiko serta ancaman, mengukuhkan keupayaan daya tahan organisasi dan mengurangkan kemungkinan kerugian.

Unit ini terdiri daripada 4 orang pegawai diketuai oleh Puan Zarina binti Hamzah gred N52.

kecik.jpgpnzarina.jpguppi6.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP