DAYA SAING USAHAWAN ASNAF DIPERTINGKAT

Saiz Tulisan :

bakeri (kecik)

24 Mei - Seramai 10 orang penerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP telah mengikuti Latihan Asas Bakeri yang diadakan di Ida Bakery, Kg. Dato Keramat.

Program ini dianjurkan oleh Baitulmal MAIWP dengan kerjasama Bank Rakyat. Dalam latihan tersebut, para peserta dibekalkan dengan peralatan asas bakeri termasuk ketuhar pelbagai guna yang dapat dimanfaatkan untuk memajukan perniagaan mereka.

Bank Rakyat bekerjasama dengan MAIWP sebagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana para peserta menerima modal tambahan sebanyak RM1,000 daripada Bank Rakyat. MAIWP mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Selepas kursus ini, para peserta akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka berjaya dalam perniagaan.

MAIWP amat mengalu-alukan badan-badan korporat untuk menjalin kerjasama dengan MAIWP dalam usaha meningkatkan taraf hidup asnaf.

Terima kasih Bank Rakyat.

“Terima kasih pembayar zakat. Amanah anda kami tunaikan sebaik mungkin”

bakeri (8).jpegbakeri (7).jpegbakeri (6).jpegbakeri (5).jpegbakeri (4).jpegbakeri (3).jpegbakeri (2).jpegbakeri (1).jpegbakeri (kecik).jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP