KEMAMPUAN ANAK-ANAK ASNAF TERBUKTI

Saiz Tulisan :

ikb kecik

23 Mei -  Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP telah mengadakan Majlis Penganugerahan Sijil Kali ke 25 bagi pelajar  Sesi 2015/2016 di Qaah Al-Qaradhawi, SMA-MAIWP Kuala Lumpur.  Majlis ini  disempurnakan oleh YBhg. Encik Shah Kirit bin Kakulal Govindji, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Penasihat IKB.

Dalam majlis tersebut, seramai 95 orang pelajar telah menerima sijil dalam bidang kemahiran yang mereka ikuti sepanjang pengajian di IKB selama 2 tahun.  Daripada jumlah tersebut, 46 orang telah dianugerahkan anugerah khas iaitu terdiri daripada penerima anugerah pelajar yang mendapat purata nilai gred 3.5 ke atas.

Saudara Muhammad Syamim bin Mohd Sabri, pelajar dari Kursus Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki (RFPL) telah merangkul beberapa anugerah iaitu Anugerah Pelajar Terbaik Pengajian Umum, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Khas Yang Dipertua Pertua  Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau juga turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kursus RFPL dengan pencapaian PNGK tertinggi iaitu 3.95.  

Turut diadakan dalam majlis tersebut penyampaian Anugerah Khas Alumni IKB kepada dua orang bekas pelatih yang telah berjaya iaitu Encik Saad bin Mahamud dan Encik  Ahmad Fathil bin Othman.

Tahniah diucapkan kepada para pelatih. Semoga ilmu yang diperolehi dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

ikb kecik.jpgikb (3).jpgikb (2).jpgikb (1).jpg

 

IKB menyediakan latihan kemahiran kepada anak-anak daripada keluarga asnaf fakir dan miskin

Pelatih menerima elaun bulanan dan kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP daripada dana zakat

Kursus yang ditawarkan:
1)    Kejuruteraan Elektrik
2)    Perkhidmatan & Penyajian Makanan
3)    Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Lelaki
4)    Rekaan Fesyen & Pembuatan Pakaian Wanita
5)    Seni Lukis & Seni Reka
6)    Teknologi Binaan Bangunan

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP