• Daftar

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH JEMPUTAN MAIWP EDISI 8/2017

Pada 1 dan 2 April 2017 bertempat di padang Varsiti dan padang C Universiti Malaya untuk kali ke 8 Kelab Bola Sepak telah Berjaya menganjurkan  KEJOHANANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH JEMPUTAN MAIWP - Jabatan/ Agensi Agama Seluruh Malaysia.

Sebanyak  24 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini antaranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), MAIP Perlis, JAIP Perak, JAIJ Johor, MAIJ Johor, JAKIM, MAIK Kedah, JAIP Pahang, PPZ, Picoms, UISAS (Universiti Islam Sultan Azlan Shah), MAIS Selangor.

Peringkat suku akhir menemukan JAIS vs JAIPrk, MAIKdh vs USAS, MAIWP A vs PICOMS, JAIPhg vs JAWI A. Separuh akhir JAIPrk vs MAIKdh, MAIWP A vs JAWI A. manakala MAIWP bertemu JAIPrk pada perlawanan akhir.

7 tahun MAIWP menunggu, akhirnya piala keramat pulang kepangkuan. Pemain MAIWP Mohd Rais bin Jalani telah dinobat kan senagai pemain terbaik kejohanan.Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Baitulmal, Ustaz Ahamad Talmizi bin Yahaya.

Share