• Daftar

MAIWP TELAH BANTU MEREKA

Harian Metro pada 13 Februari 2017 telah menyiarkan berita bertajuk “Hati Meruntun Bayi Tidur di Kaki Lima”  Dalam berita tersebut, terpampang  gambar seorang wanita dan anak-anak yang dilaporkan bergelandangan di Jalan Jalan Raja Laut, Chowkit.

Susulan itu, bagi mengelakkan timbul tuduhan negatif yang mengatakan agensi zakat tidak membantu, maka MAIWP telah mengeluarkan kenyataan media bagi memberi penjelasan.

Wanita tersebut merupakan penerima bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP sejak tahun 2015. Dia  menerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM250 dan juga bantuan zakat sewa rumah sebanyak RM300 sebulan bagi bilik sewa di Lorong Haji Taib 2, Kuala Lumpur. Wanita berkenaan juga tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan bekerja tidak menentu dan secara sambilan dengan  pendapatan RM500 sebulan. Kenyataan tersebut kemudiannya telah disiarkan oleh Harian Metro pada keesokan harinya. 

MAIWP berharap berita-berita kemiskinan dan kesusahan yang dilaporkan di dalam media  dapat disemak terlebih dahulu dengan agensi zakat. Tuduhan dan dakwaan bahawa agensi zakat tidak prihatin dan tidak mengagihkan zakat tidak seharusnya sewenang-wenang disuarakan tanpa maklumat sebenarnya. 

Sama-sama mainkan peranan kita membantu mereka yang memerlukan di Wilayah Persekutuan dengan menyalurkan maklumat kepada Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP.  Skuad boleh dihubungi menerusi menerusi talian bebas tol 1-800-88-5222 atau hotline 012-518 3614/ 012-512 7614.  Begitu juga menerusi facebook di facebook.com/maiwp.hq atau facebook.com/baitulmal.wp. 

 
Share