• Daftar

JOM BANTU RAKYAT

20 Jan – Program Jom Bantu Rakyat telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Razak di perkarangan Dewan Komuniti, Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Program berorientasikan turun padang ini memberikan laluan kepada YAB Perdana Menteri menyelami kehidupan penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam usaha kerajaan dalam memberikan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Beberapa kediaman golo¬ngan berpendapatan rendah yang mengalami kerosakan dan daif akan dibaik pulih.

YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan perasmian Pusat Internet 1 Malaysia untuk kegunaan penduduk di sekitar PPR Desa Pandan tersebut.

Baitulmal MAIWP juga mengambil peluang ini dengan membuka kaunter bergerak untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan mengemukakan permohonan bantuan zakat yang ditawarkan oleh Baitulmal MAIWP.

Turut hadir memeriahkan program Jom Bantu Rakyat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan II yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dan Menteri Wilayah Persekutuan.

 
Share