• Daftar

KUNJUNGAN HORMAT KPE MAIWP KEPADA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

13 Feb- YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Seri Haji Ahmad Phesal Hj Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Perjumpaan bersama YBhg. Datuk Bandar telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 26, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).  Kunjungan hormat diadakan bertujuan memaklum dan membincangkan beberapa projek pembangunan MAIWP seperti pembinaan ibu pejabat MAIWP, masjid, surau dan isu gelandangan di Kuala Lumpur.

YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Haji Ahmad Phesal di atas kesudian beliau menerima kunjungan hormat MAIWP. Menurut beliau, beberapa projek pembinaan dalam tindakan MAIWP memerlukan perhatian dan pertimbangan lanjut daripada DBKL.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut YBhg. Datuk Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz, Ketua Pengarah DBKL; Tuan Haji Sahrom bin Ujang, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar DBKL; Encik Saharuddin bin Sarwan, Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP; pegawai-pegawai MAIWP dan wakil daripada syarikat arkitek.

Share